Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Thailand sita 100,000 liter milik syarikat Malaysia di Sadao
  • JENAYAH

Thailand sita 100,000 liter milik syarikat Malaysia di Sadao

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

SONGKHLA, Thailand: Pihak berkuasa Thailand hari ini menyita 100,000 liter diesel milik syarikat logistik Malaysia di Sadao, Songkhla dan menahan seorang pekerja warga Thai bagi membantu siasatan.

Gabenor Wilayah Songkhla, Rattasart Chotchu, berkata aduan orang ramai membawa kepada risikan dan operasi bersama polis, tentera serta pihak berkuasa tempatan pada pagi tadi.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa menemukan diesel yang disembunyikan di dalam tangki bawah tanah milik syarikat berkenaan.

“Siasatan mendapati syarikat berkenaan, yang dimiliki oleh warga Malaysia, menyembunyikan sebanyak 100,000 liter diesel tanpa lesen yang sah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata siasatan awal mendapati syarikat itu mendapatkan diesel dari Malaysia dan dipercayai menyeludup masuk ke Thailand.

Rattasart berkata polis Wilayah 9 telah menyita bahan api berkenaan dan menahan pekerja syarikat itu untuk disiasat mengikut Akta Kawalan Bahan Api 1999 kerana memiliki dan menyembunyikan bahan api tanpa kebenaran.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: KPDN rampas 2,600 liter petrol di Kudat, warga emas ditahan
Next: Lelaki ditahan guna kad pengenalan individu meninggal dunia di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.