Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kenaikan harga minyak dunia: Kerajaan Pakistan lancar subsidi bersasar dan tambang percuma
  • GLOBAL

Kenaikan harga minyak dunia: Kerajaan Pakistan lancar subsidi bersasar dan tambang percuma

Utusan Sarawak 1 day ago
KENAIKAN harga minyak dunia: Kerajaan Pakistan lancar subsidi bersasar dan tambang percuma. Gambar hiasan. Foto agensi

NEW DELHI: Pakistan mengumumkan langkah bantuan termasuk pengangkutan awam percuma dan subsidi bahan api kepada petani susulan kenaikan mendadak harga bahan api yang mencetuskan kemarahan rakyat di tengah-tengah konflik Asia Barat.

Dalam ucapan nasional pada Jumaat, Perdana Menteri Shehbaz Sharif mengakui tekanan yang dihadapi isi rumah, sambil berkata kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol dan diesel berikutan peningkatan kos minyak global.

Kerajaan sebelum ini menaikkan harga petrol sebanyak 42.7 peratus kepada 485 rupee (AS$1.73) seliter dan harga diesel sebanyak 54.9 peratus kepada 520 rupee.

Namun, kenaikan mendadak itu mencetuskan kemarahan orang ramai serta barisan panjang di stesen minyak, sekali gus mendorong kerajaan menarik balik sebahagian kenaikan itu. Harga petrol kemudiannya diturunkan kepada 378 rupee seliter untuk tempoh sebulan.

Kerajaan wilayah turut mengambil langkah untuk mengurangkan kesan kenaikan dengan mengumumkan subsidi bersasar dan bantuan.

Di Punjab, Ketua Menteri Maryam Nawaz Sharif berkata, pengangkutan awam akan diberikan secara percuma kepada penumpang selagi krisis minyak berterusan.

“Saya menggalakkan semua pihak memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ini dan memilih pengangkutan awam sebagai cara perjalanan yang lebih mudah, mampu milik dan mampan,” katanya dalam satu hantaran di platform X.

Beliau turut mengumumkan yang semua petani gandum di Punjab yang memiliki tanah sehingga 25 ekar akan menerima subsidi diesel sebanyak 10 liter bagi setiap ekar pada kadar 150 rupee seliter, manakala pemilik motosikal akan menerima 20 liter petrol sebulan pada kadar diskaun 100 rupee seliter.

Perjalanan pengangkutan awam di ibu negara Islamabad juga adalah percuma mulai Sabtu.

Ketua Menteri Sindh Murad Ali Shah pada Sabtu turut mengumumkan pakej bantuan bagi wilayahnya untuk menangani kenaikan harga bahan api.

Sindh akan membekukan tambang pengangkutan awam serta menawarkan bayaran bantuan kepada pengendali bas dan penunggang motosikal. – Bernama 

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Angka korban banjir di Afghanistan meningkat kepada 61
Next: Gunung Semeru meletus, awan panas merebak 3.5 km

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.