Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran belukar 3 hektar di Petra Jaya, Bomba bertindak pantas kawal api
  • KEBAKARAN

Kebakaran belukar 3 hektar di Petra Jaya, Bomba bertindak pantas kawal api

Utusan Sarawak 7 hours ago
 ANGGOTA bomba memadam kebakaran belukar yang melibatkan kawasan seluas sekitar tiga hektar di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, Kuching, petang tadi.

PETRA JAYA: Kebakaran belukar seluas sekitar tiga hektar dilaporkan berlaku di Jalan Sultan Tengah, berhampiran Bangunan Sumber Alam, Petra Jaya, tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.38 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi, dengan bantuan BBP Padungan.

Menurut laporan, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada 1.43 petang, sekitar lima kilometer dari balai, dan mendapati kebakaran melibatkan kawasan belukar yang sedang merebak ke arah hutan berhampiran.

ANGGOTA bomba memadam kebakaran belukar yang melibatkan kawasan seluas sekitar tiga hektar di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, Kuching, petang tadi.

Komander Operasi, PBK I Mohamad Nizam Bujang berkata, operasi pemadaman giat dijalankan bagi mengawal api daripada terus merebak ke kawasan lebih luas.

“Anggota bomba menggunakan satu aliran sepanjang 600 kaki dengan dua nozel serta pam jentera, dengan sumber air diperoleh daripada tangki jentera berikutan ketiadaan pili bomba dan sumber air terbuka di lokasi,” katanya.

KEBAKARAN belukar seluas sekitar tiga hektar dilaporkan berlaku di Jalan Sultan Tengah, berhampiran Bangunan Sumber Alam, Petra Jaya, tengah hari tadi.

Seramai 16 anggota terlibat dalam operasi tersebut dengan kekuatan dua jentera FRT dan dua EMRS.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu setakat ini, manakala operasi pemadaman masih diteruskan.

Oleh Norman B

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran kebun di Kampung Kupang marak, APM dan bomba bergelut padam api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.