Gempa bumi 5.2 skala Richter gegar timur Turkiye

Facebook
WhatsApp

ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Van di timur Turkiye pada 8.52 pagi waktu tempatan, Sabtu, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD), lapor Anadolu Ajansi (AA).

AFAD memaklumkan pusat gempa terletak di daerah Tusba, Van, pada kedalaman tujuh kilometer.

Gabenor Van Ozan Balci memberitahu Anadolu bahawa tiada laporan mengenai kemalangan jiwa setakat ini dan  pihak berkuasa sedang menjalankan operasi mencari.- Bernama-Anadolu