Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Hampir 95 peratus kebakaran tanah gambut di Kampung Penasu berjaya dipadamkan
  • KEBAKARAN

Hampir 95 peratus kebakaran tanah gambut di Kampung Penasu berjaya dipadamkan

Utusan Sarawak 18 hours ago
HAMPIR 95 PERATUS…..Kebakaran tanah gambut di Kampung Penasu di sini berjaya dipadamkan setakat hari ini. Foto Bomba Sarawak

DARO: Hampir 95 peratus kebakaran tanah gambut di Kampung Penasu di sini berjaya dipadamkan setakat hari ini, selepas tujuh hari operasi berterusan oleh pasukan bomba dan agensi berkaitan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, operasi hari ketujuh yang bermula pada 8.00 pagi tadi, menyaksikan pemadaman dijalankan menggunakan satu pam angkut dan dua ‘forest pump’ dengan sumber air terbuka dari parit berhampiran.

“Operasi pemadaman masih diteruskan sehingga 7.00 malam, sebelum ditangguhkan dan akan disambung semula pada keesokan hari,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Beliau berkata, kawasan kebakaran dibahagikan kepada tiga sektor iaitu sektor A dan B telah dipadam sepenuhnya, manakala sektor C kini melebihi separuh.

Tambahnya, keseluruhan keluasan kebakaran dianggarkan 75 hektar dengan 70 hektar berjaya dipadamkan, manakala baki lima hektar masih dalam usaha pemadaman.

Operasi itu melibatkan seramai 21 anggota bomba dengan kekuatan satu jentera LFRT dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Selain itu, operasi turut dibantu oleh 10 pekerja Ladang Daro Jaya Estate 2 serta enam penduduk Kampung Penasu.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Kebun sawit lima hektar terbakar di Kampung Kupang Saratok
Next: Kebakaran kebun di Kampung Kupang marak, APM dan bomba bergelut padam api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.