Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki tempatan ditahan susulan vandalisme kabel
  • JENAYAH

Tiga lelaki tempatan ditahan susulan vandalisme kabel

Utusan Sarawak 15 hours ago
TIGA lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 45 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam perbuatan vandalisme kabel di sepanjang Jalan Resak Kuching.

KUCHING: Ketua Polis Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, mengesahkan penahanan tiga lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 45 tahun kerana disyaki terlibat dalam perbuatan vandalisme kabel di sepanjang Jalan Resak di sini.

Beliau berkata tangkapan dibuat kira-kira 8.30 pagi dan pihak polis turut merampas beberapa batang kabel yang telah dipotong.

“Hasil saringan awal air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah serta mempunyai beberapa rekod jenayah lampau,” katanya.

POLIS turut merampas beberapa batang kabel yang telah dipotong.

Kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap kemudahan awam yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Alexson turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah dan menyeru masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082 244444.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan jalankan perniagaan barang terpakai tanpa lesen
Next: Lelaki ditahan susulan ceroboh bilik sewa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.