Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tradisi kunjung-mengunjung sempena Aidilfitri kukuhkan perpaduan penduduk Kabong
  • Tengah
  • WILAYAH

Tradisi kunjung-mengunjung sempena Aidilfitri kukuhkan perpaduan penduduk Kabong

Utusan Sarawak 13 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir menghadiri undangan Ziarah Syawal ke kediaman Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kabong, Bujang Lee di Kampung Baru Kabong, semalam. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Amalan kunjung-mengunjung sempena Aidilfitri terus menjadi medium penting dalam memupuk semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat, khususnya dalam kalangan penduduk di kawasan Kabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, menegaskan bahawa tradisi ziarah seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah memperkukuh nilai kekeluargaan dalam komuniti.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri undangan Ziarah Syawal ke kediaman Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kabong, Bujang Lee di Kampung Baru Kabong, semalam.

Kunjungan tersebut turut disertai isteri beliau, Datin Meryani Yassin, dalam suasana penuh mesra dan harmoni sempena sambutan Aidilfitri.

Menurut Chee Kadir, amalan kunjung-mengunjung seperti ini amat penting dalam memupuk semangat perpaduan, kekeluargaan dan keharmonian masyarakat, terutama dalam kalangan penduduk setempat.

Beliau menambah, hubungan erat antara pemimpin dan rakyat perlu sentiasa dipelihara melalui interaksi bersemuka yang mampu meningkatkan persefahaman dan kepercayaan.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bujang Lee serta keluarga atas jemputan dan layanan baik yang diberikan sepanjang kunjungan tersebut.

Katanya, sambutan mesra seperti ini memperlihatkan nilai murni masyarakat yang sentiasa mengutamakan semangat kebersamaan dan hormat-menghormati.

Chee Kadir turut berharap agar semangat silaturahim dan kebersamaan ini akan terus diperkukuhkan, bukan sahaja ketika musim perayaan tetapi juga dalam kehidupan seharian.

Beliau yakin bahawa keharmonian dan kesejahteraan masyarakat hanya dapat dicapai sekiranya nilai perpaduan terus dipupuk secara berterusan dalam kalangan rakyat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 100 kotak air minuman disalur ke SK Gran Stumbin, ringankan beban warga sekolah
Next: JCI Mandarin Sibu berjaya anjur program Dialog NVP di Pusat TQG

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.