Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki ditahan, polis rampas 6.20 gram syabu dalam serbuan di Belawai
  • JENAYAH

Tiga lelaki ditahan, polis rampas 6.20 gram syabu dalam serbuan di Belawai

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIGA lelaki ditahan dan dadah disyaki jenis syabu dirampas oleh pihak polis dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Belawai. Foto IPD Sarikei

SARIKEI: Tiga lelaki tempatan ditahan selepas polis menemui 15 paket plastik lutsinar berisi kristal disyaki dadah disyaki jenis syabu seberat 6.20 gram dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Belawai, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superitenden Aswandy Anis, berkata serbuan tersebut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei kira-kira 11.00 pagi.

“Pemeriksaan lanjut dalam rumah tersebut telah menjumpai 15 plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu ‘methamphetamine’ anggaran berat kasar 6.20 gram.

“Disyaki dadah tersebut adalah untuk dijual kepada penagih-penagih di kawasan sekitar,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, kesemua suspek telah ditangkap dan dibawa ke pejabat BSJND Sarikei untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut jika disabit kesalahan hendaklah penjara dua tahun tetapi tidak leboh daripada lima tahun dan dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan bahawa sepanjang Februari hingga Mac 2026, BSJND IPD Sarikei telah menahan seramai 127 suspek yang disyaki terlibat dalam kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 berkaitan dadah di sekitar Daerah Sarikei, Tanjung Manis, Belawai, Paloh dan Kedang.

“Dalam tempoh tersebut pihak polis berjaya merampas sebanyak 21.24 gram dadah jenis syabu dan 0.61 gram jenis ketamin.

“Selain itu, dalam tempoh dua bulan tersebut, seramai enam penagih tegar telah dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 39C(1) dan Seksyen 39C(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang mana dikenakan hukuman penjara lima hingga tujuh tahun dan satu hingga tiga kali sebatan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa pihak polis khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus mempergiatkan usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

“Oleh yang demikian, pihak polis mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dadah supaya tampil menyalurkan maklumat melalui talian hotline JSJN 012-2087222 (JSJN Bukit Aman) dan 017-59292211 (JSJN Sarawak),” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Kes Arm: James Chai diberi tempoh dua minggu tampil bantu siasatan
Next: Lelaki 45 tahun ditahan miliki dadah, positif amphetamine di Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.