Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rombakan kepimpinan Sarawak Energy perkukuh struktur organisasi
  • TEMPATAN

Rombakan kepimpinan Sarawak Energy perkukuh struktur organisasi

Utusan Sarawak 15 hours ago
KETUA Pegawai Eksekutif, Syarikat SESCO Berhad, Yusri Safri.

KUCHING: Sarawak Energy mengumumkan rombakan kepimpinan eksekutif sebagai sebahagian usaha berterusan memperkukuh struktur organisasi dan menyokong pertumbuhan jangka panjang syarikat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Sharbini Suhaili, pelantikan baharu ini mencerminkan fokus syarikat dalam membangunkan pemimpin berpengalaman serta berwawasan strategik.

“Pelantikan ini selaras dengan komitmen kami untuk memperkukuh barisan kepimpinan yang memiliki pengalaman operasi kukuh dan perspektif strategik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan berhubung pelantikan Yusri Safri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Syarikat SESCO Berhad (SESCO) berkuat kuasa 1 April 2026.

Tambah beliau, Yusri membawa gabungan kepakaran teknikal mendalam serta keupayaan kepimpinan yang mantap, selain mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan, operasi serantau serta pengurusan merangkumi sektor runcit, pengagihan dan perkhidmatan korporat.

Dalam pada itu, Lau Kim Swee dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif bagi Penyampaian Projek untuk kumpulan dan anak syarikat Sarawak Energy, turut berkuat kuasa tarikh sama.

“Lau memiliki profesionalisme tinggi, komitmen terhadap kecemerlangan serta kepimpinan transformasi yang menjadikannya calon sesuai untuk portfolio penting ini.

“Peranan baharu itu melibatkan pengawasan menyeluruh terhadap pelaksanaan projek infrastruktur tenaga berskala besar yang kritikal kepada pertumbuhan Sarawak, ketahanan grid serta sasaran kerajaan mencapai kapasiti 10GW menjelang 2030,” jelasnya.

NAIB Presiden Eksekutif, Lau Kim Swee bagi Penyampaian Projek untuk Sarawak Energy dan anak-anak syarikatnya.

Mengulas lanjut, sejak menerajui SESCO pada 2016, Lau berjaya memacu transformasi utiliti tersebut melalui peningkatan kecekapan operasi, pendigitalan dan penambahbaikan perkhidmatan pelanggan.

“Di bawah kepimpinannya, kehilangan tenaga akibat kecurian elektrik berjaya dikurangkan dengan ketara selain kebolehpercayaan bekalan turut dipertingkatkan melalui pelaksanaan sistem automasi, pendigitalan dan Smart Grid.

“Selain itu, pengalaman pelanggan turut dipertingkatkan menerusi inisiatif seperti aplikasi mudah alih SEB Cares serta perkhidmatan Smart Retail, sekali gus meningkatkan tahap kepuasan pengguna,” ujarnya.

Sarawak Energy kekal komited dalam misinya untuk menjana pertumbuhan Sarawak serta memenuhi keperluan tenaga boleh diperbaharui yang mampan dan boleh dipercayai di rantau ini.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bengkel Kesihatan Mental RSDM perkasa komuniti, tangani stigma
Next: KPDN perketat penguatkuasaan RON95, diesel di sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.