Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki 52 tahun rugi ditipu sindiket menyamar polis di Lawas
  • JENAYAH

Lelaki 52 tahun rugi ditipu sindiket menyamar polis di Lawas

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

LAWAS: Polis Daerah Lawas menerima laporan daripada seorang pengadu berusia 52 tahun yang bekerja di sebuah agensi di Lawas berhubung kes penipuan dalam talian.

Pengadu memaklumkan beliau telah dihubungi oleh individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, dalam satu kenyataan berkata kejadian bermula pada 11 Disember 2025 apabila pengadu menerima panggilan telefon yang mendakwa beliau telah membuat pengeluaran untuk tujuan perubatan berjumlah RM86,000.

Panggilan tersebut kemudiannya disambungkan kononnya ke Balai Polis, yang mana pengadu dituduh terlibat dalam pengubahan wang haram bernilai RM2 juta.

Pengadu diarahkan untuk mematuhi arahan dan melakukan beberapa transaksi bank sebelum akhirnya menyedari bahawa dirinya telah ditipu.

Jumlah kerugian keseluruhan kes dianggarkan sebanyak RM74,700. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika berurusan dengan mana-mana pihak serta membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pembayaran atau transaksi bagi mengelakkan penipuan dan kerugian kewangan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: ​Tiga individu termasuk dua wanita ditahan positif dadah di Pekan Engkilili
Next: Dua lelaki ditahan positif dadah dalam operasi di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.