Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek Jambatan Sarawak kekal lancar walaupun berdepan cabaran global
  • TEMPATAN

Projek Jambatan Sarawak kekal lancar walaupun berdepan cabaran global

Utusan Sarawak 7 hours ago
DITEMUI MEDIA… Datuk Amar Douglas Uggah Embas ditemui media pada Program Libat Urus Infrastruktur Sarawak 2026, hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Kerajaan Sarawak yakin pelaksanaan lapan projek jambatan utama di negeri ini kekal berjalan lancar dan dijangka siap mengikut jadual tahun ini meskipun berdepan ketidaktentuan global.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, situasi semasa di Asia Barat tidak menjejaskan secara signifikan pelaksanaan projek, walaupun terdapat cabaran kecil yang masih dalam kawalan.

Menurutnya, kerajaan Sarawak kekal yakin semua projek berkenaan akan terus berjalan lancar tanpa gangguan besar.

Beliau berkata pihaknya tidak menjangka sebarang gangguan besar terhadap pelaksanaan projek berkenaan, walaupun mengakui kemungkinan wujud cabaran kecil yang masih boleh ditangani.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa bagi memastikan semua projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

RAKAM KENANGAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama tetamu kehormat yang lain merakam kenangan pada Program Libat Urus Infrastruktur Sarawak 2026, hari ini. Foto Norman B

“Bagi lapan jambatan yang kita harap dapat disiapkan atau yang kita rancang untuk disiapkan pada tahun ini, kami tidak risau mengenai perkara tersebut.

“Mungkin akan ada sedikit masalah, tetapi ia tidak akan sampai ke tahap yang boleh mengganggu pelaksanaan projek. Kami yakin semuanya akan berjalan dengan baik tetapi kami akan terus memantau keadaan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Libat Urus Infrastruktur Sarawak 2026 di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan Sarawak bersama Kerajaan Persekutuan turut memantau harga bahan binaan bagi menghadapi situasi ekonomi semasa.

Jelasnya, usaha sedang giat dijalankan untuk mencari penyelesaian terbaik, namun pelaksanaan lapan projek jambatan berkenaan masih berada dalam keadaan terkawal.

Program tersebut turut membuka ruang kepada wakil rakyat mengemukakan pandangan, maklum balas serta cadangan penambahbaikan, sekali gus memperkukuh komunikasi dua hala antara kerajaan dan pemegang taruh.

Antara hasil utama program ialah peningkatan koordinasi antara agensi kerajaan dan wakil rakyat, pengukuhan ketelusan pelaksanaan pembangunan serta komitmen bersama untuk mempercepat penyelesaian cabaran projek.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh pengurusan hutan lestari
Next: Kebakaran hutan di beberapa kawasan Sarawak terkawal, siasatan dijalankan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.