Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • SUV terbalik di Jalan Semop, warga emas selamat
  • KEMALANGAN

SUV terbalik di Jalan Semop, warga emas selamat

Utusan Sarawak 12 hours ago
SEORANG lelaki warga emas selamat selepas kenderaan jenis SUV dinaikinya terbalik dalam kemalangan kendiri. Foto PGO

DARO: Seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun terselamat selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri dan terbalik di Jalan Semop menuju ke Daro, pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.38 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 20 kilometer dari balai.

“Setibanya pasukan di lokasi kejadian mendapati sebuah SUV berada dalam keadaan terbalik di tepi jalan.

“Mangsa berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam melalui pintu bahagian belakang dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian menjalankan pemantauan bagi memastikan tiada mangsa lain terlibat dalam kejadian tersebut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.30 pagi selepas keadaan disahkan selamat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut kemalangan di Jalan Kwong Lee Bank

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.