Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ACC 2026: Nurul Izzah Izzati sedia berdepan juara dunia
  • SUKAN

ACC 2026: Nurul Izzah Izzati sedia berdepan juara dunia

Utusan Sarawak 8 hours ago
SUKAN… Bintang berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berpeluang membawa pulang pingat emas selepas berjaya mara ke separuh akhir acara pecut elit wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2026 (ACC) di Tagaytay, Filipina, hari ini. Foto Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bintang berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berpeluang membawa pulang pingat emas selepas berjaya mara ke separuh akhir acara pecut elit wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2026 (ACC) di Tagaytay, Filipina, hari ini.

Bagaimanapun, cabaran getir bakal menanti pelumba berusia 23 tahun itu apabila beliau dijadual menentang juara dunia Keirin dua kali, Mina Sato dari Jepun dalam Pusingan 1 separuh akhir esok.

Sementara itu, Pusingan 2 menyaksikan pertembungan antara Yuan Liying dan Wang Lijuan, kedua-duanya dari China.

Menurut format pertandingan, pemenang setiap pusingan akan layak ke perlawanan akhir bagi merebut pingat emas, manakala yang kecundang bakal bersaing merebut pingat gangsa, yang turut diadakan esok.

Terdahulu, Nurul Izzah Izzati mempamerkan prestasi cemerlang selepas menewaskan rakan senegara, Nur Alyssa Mohd Farid 2-0, manakala Mina juga meraih kemenangan 2-0 menumpaskan Cho Yiu Yeung dari Hong Kong, pada pusingan suku akhir.

Sementara itu, kem lelaki mengalami kekecewaan apabila Muhammad Ridwan Sahrom tersingkir seawal pusingan 16 kategori pecut elit lelaki selepas tewas kepada pelumba Thailand, Jai Angsuthasawit, yang juga bekas juara Sukan Asia.

-Bernama  

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: HSL Ekiden tarik penyertaan hangat, hampir 300 pelari meriahkan acara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.