Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lima lelaki ditahan dalam Operasi Tapis Khas di Bau
  • JENAYAH

Lima lelaki ditahan dalam Operasi Tapis Khas di Bau

Utusan Sarawak 8 hours ago
DITAHAN… Lima lelaki ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau dalam satu Operasi Tapis Khas yang dijalankan di sekitar Kampung Opar dan Kampung Suba Buan, awal pagi tadi.

BAU: Lima lelaki ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau dalam satu Operasi Tapis Khas yang dijalankan di sekitar Kampung Opar dan Kampung Suba Buan, awal pagi tadi.

Operasi yang berlangsung kira-kira 12.30 pagi hingga 6.00 pagi itu melibatkan anggota IPD Bau yang memberi tumpuan kepada usaha membanteras penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

Hasil pemeriksaan, seorang daripada suspek didapati memiliki satu paket plastik lutsinar mengandungi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.20 gram. Suspek tersebut ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ujian saringan awal air kencing pula mendapati empat daripada lima lelaki yang ditahan positif dadah, manakala seorang lagi didapati negatif. Kesemua yang positif ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Pihak polis akan terus mengambil tindakan tegas terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan dadah.

Orang ramai turut digesa untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui talian JSJN Bukit Aman di 012-208 7222 atau talian JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Tapis Khas: Polis menahan dua lelaki kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.