Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ahmad Johnie gesa masyarakat hayati semangat saling memaafkan
  • Tengah
  • WILAYAH

Ahmad Johnie gesa masyarakat hayati semangat saling memaafkan

Utusan Sarawak 9 hours ago
TIMBALAN Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii dan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi bergambar bersama yang lain di majlis ramah tamah Aidilfitri PBB Cawangan Repok, hari ini.

SARIKEI: Ahli Parlimen Igan yang juga Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Repok, Ahmad Johnie Zawawi menggesa masyarakat agar menghayati semangat Ramadan dan Syawal melalui amalan saling memaafkan bagi memperkukuh hubungan sesama insan.

Katanya, amalan memohon maaf dan memberi kemaafan merupakan nilai penting dalam kehidupan bermasyarakat yang perlu terus dipupuk bagi memastikan hubungan sesama rakyat sentiasa harmoni dan saling menghormati.

“Kita orang Islam mengucapkan ucapan maaf zahir dan batin. Mengapa ini penting? Macam saya katakan tadi ialah kerana ini soal yang sangat penting dalam kehidupan. Kalau saya ada silap, saya meminta maaf walaupun untuk meminta maaf itu adalah satu perkara yang susah, tetapi kita tidak ada pilihan.

“Kita harus meminta maaf dan menjadi kewajipan kita untuk meminta maaf. Soal meminta ampun dan maaf ini adalah soal yang sangat penting. Begitu juga orang yang memaafkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis ramah tamah Aidilfitri PBB Cawangan Repok yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, di sebuah hotel di sini, hari ini.

Tambahnya, sepanjang memegang tanggungjawab sebagai Ketua PBB Cawangan Repok dan Ahli Parlimen Igan, beliau sentiasa menghargai sokongan masyarakat dan tidak terlepas daripada kemungkinan melakukan kesilapan sepanjang menjalankan amanah yang diberikan.

“Sebab itu, saya datang pada hari ini dengan satu misi, bukan sahaja hendak bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan, sepanjang saya menjadi Ketua PBB Cawangan Repok, kalau saya ada kesilapan, kalau saya ada kesalahan sepanjang saya menjadi wakil rakyat, ampunlah saya, maafkan saya.

“Kalau tuan-tuan dan puan-puan ada kesilapan dengan saya, saya maafkan. Meminta maaf dan memaafkan ini adalah dua perkataan yang sangat ringan, tetapi sangat sukar untuk dilaksanakan bagi sesetengah orang,” katanya.

Beliau turut mengajak masyarakat mengambil pengajaran daripada Ramadan untuk menjadi insan yang lebih bertakwa dan memulakan kehidupan baharu pada Syawal dengan mengamalkan sikap merendah diri dan saling memaafkan antara satu sama lain.

 DATO’ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa pemimpin tidak seharusnya mewujudkan jurang dengan masyarakat melalui prosedur yang terlalu ketat atau protokol berlebihan, sebaliknya perlu sentiasa mudah ditemui dan mesra rakyat.

Katanya, usaha mengubah persepsi masyarakat terhadap wakil rakyat sebagai individu yang sukar didekati perlu dilaksanakan secara berterusan, termasuk menerima aduan dan permohonan rakyat tanpa mengira saluran.

Ahmad Johnie turut menggesa masyarakat setempat agar terus memberikan sokongan kepada kepimpinan sedia ada bagi memastikan kesinambungan pembangunan di kawasan tersebut dapat dilaksanakan secara berkesan.

Katanya, pemilihan pemimpin yang tepat amat penting kerana kesilapan dalam membuat pilihan boleh memberi kesan jangka panjang kepada generasi akan datang dan menjejaskan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

“Sudah terang dan nyata, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpin oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sangat membantu dan mengutamakan rakyat,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Miri perkasa produk pelancongan, fokus naik taraf dan promosi strategik
Next: Semangat persaudaraan asas perpaduan masyarakat majmuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.