Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dua kawasan parkir baru siap, atasi masalah kekurangan parkir di Rh Peter Dana
  • Tengah
  • WILAYAH

Dua kawasan parkir baru siap, atasi masalah kekurangan parkir di Rh Peter Dana

Utusan Sarawak 6 hours ago
UNTUK KENANGAN….Kevin (berdiri belakang empat kiri) bersama penduduk rumah panjang di Rh Peter Dana merakam kenangan di atas tempat parkir yang baru siap.

SIBU: Pembinaan dua kawasan tempat letak kenderaan di Rumah (Rh) Peter Dana (dahulunya dikenali sebagai Rh Chinda Ankob) di Rantau Panjang berjaya disiapkan, sekali gus menyelesaikan masalah kekurangan parkir yang sekian lama dihadapi penduduk rumah panjang tersebut.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kevin Lau Kor Jie berkata, projek di bawah peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Bawang Assan itu telah siap sepenuhnya dan menjalani pemeriksaan akhir hari ini bagi memastikan ia memenuhi piawaian kualiti serta selamat digunakan.

Menurutnya, projek tersebut melibatkan kerja menaik taraf dua kawasan yang sebelum ini merupakan tanah berumput digunakan untuk menanam bunga, namun tidak lagi mencukupi susulan peningkatan jumlah kenderaan penduduk.

UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT…..Pembinaan dua kawasan tempat letak kenderaan di Rh Peter Dana kini sudah siap.

“Selepas penilaian di tapak dilakukan, kedua-dua kawasan ini telah dinaik taraf dan dijadikan tempat letak kenderaan yang lebih teratur bagi memperbaiki aliran trafik serta kemudahan parkir di sekitar rumah panjang,” katanya.

Tambahnya, sebuah pembetung panjang turut dipasang di salah satu kawasan parkir yang lebih kecil bagi meningkatkan sistem saliran.

“Sebelum ini kawasan tersebut berlumpur dan mudah bertakung air, namun selepas pemasangan pembetung, keadaan saliran telah bertambah baik dengan ketara,” jelasnya.

Sepanjang tempoh pembinaan, jurutera daripada Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) bekerjasama rapat dalam pelaksanaan projek, manakala pihaknya turut mengekalkan komunikasi berterusan dengan penduduk bagi memastikan keperluan mereka diambil kira dan projek berjalan lancar.

Lau berkata, penyiapan projek ini bukan sahaja menyelesaikan masalah parkir, malah turut meningkatkan sistem saliran dan persekitaran keseluruhan, sekali gus menambah keselesaan komuniti rumah panjang.

Beliau menegaskan komitmennya untuk terus memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur luar bandar serta berusaha mendapatkan lebih banyak peruntukan bagi melaksanakan projek berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: PDP Dudong sokong Tiong kekal presiden tanpa pertandingan
Next: Projek tangki air RM30 juta atasi tekanan air di Samarindah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.