Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ribut petir, hujan lebat dijangka melanda beberapa negeri termasuk Sarawak
  • SEMASA

Ribut petir, hujan lebat dijangka melanda beberapa negeri termasuk Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga 5.00 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan pada 2.20 petang memaklumkan, kawasan terlibat ialah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang; Perak (Batang Padang dan Muallim); Pahang (Cameron Highlands, Raub dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Keadaan sama turut diramal di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit, Bintulu (Tatau) serta Limbang.

Di Sabah pula, kawasan yang dijangka terjejas ialah bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Tawau (Tawau dan Lahad Datu).

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan terus lindungi rakyat, kekalkan subsidi petrol, diesel melalui SKPS, SKDS
Next: Kerajaan teliti kaedah penyaluran bantuan kepada pemilik bot nelayan Zon C2

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.