Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JBPM Sarawak perkukuh respons kecemasan, purata pencapaian NART 79 peratus
  • TEMPATAN

JBPM Sarawak perkukuh respons kecemasan, purata pencapaian NART 79 peratus

Utusan Sarawak 9 hours ago

KETUA
 Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad.

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mencatatkan purata pencapaian sebanyak 79 peratus bagi Purata Masa Tindak Balas Kebangsaan (NART), mencerminkan tahap kesiapsiagaan operasi yang tinggi di negeri itu.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata pasukan negeri itu merekodkan purata masa tindak balas lapan hingga sembilan minit bagi kejadian kebakaran belukar dari Januari hingga Mac 2026.

“Pencapaian itu menunjukkan kecekapan jabatan dalam mobilisasi aset serta komitmen berterusan anggota dalam memastikan setiap panggilan kecemasan diberikan respons yang cepat dan berkesan,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat lima kes terpencil melibatkan kebakaran pada jarak 25 hingga 35 kilometer (km) dari balai bomba berhampiran, dengan masa ketibaan sekitar 20 hingga 25 minit akibat faktor jarak dan kekangan akses.

“Selain itu, satu kes terpencil melibatkan operasi oleh Balai Bomba dan Penyelamat Daro turut merekodkan jarak perjalanan yang sangat jauh, iaitu sekitar 231 km, dengan masa ketibaan ke lokasi kejadian hampir tiga jam 32 minit.

“Situasi ini menggambarkan cabaran operasi di kawasan tertentu di Sarawak, yang mempunyai keluasan geografi yang besar serta jarak penempatan jauh dari balai bomba,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata JBPM Sarawak terus memperkukuh keberkesanan tindak balas kecemasan melalui kerjasama strategik dengan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Bomba Komuniti.

“Kerjasama itu memainkan peranan penting dalam membantu memberikan respons awal di lokasi kejadian, khususnya di kawasan komuniti setempat yang jauh dari balai bomba.

“Penglibatan PBS dan Bomba Komuniti membolehkan tindakan awal diambil sebelum ketibaan pasukan bomba, sekali gus membantu mengawal kebakaran daripada terus merebak,” katanya sambil menambah usaha bersepadu itu turut meningkatkan tahap kesiapsiagaan keseluruhan dalam pengurusan insiden kebakaran di negeri berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Nor Hisham berkata JBPM akan terus memperkukuh operasi, meningkatkan keupayaan pasukan di lapangan serta memperluas penglibatan komuniti bagi memastikan setiap insiden dapat ditangani dengan cepat, cekap dan selamat demi kesejahteraan rakyat serta alam sekitar.- Bernama

Continue Reading

Previous: PDP perlu jujur, utamakan perpaduan demi kekal relevan
Next: Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak disaran terus perkasa peranan, lahir pemimpin muda berwibawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.