Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ops Tapis Khas: Polis menahan dua lelaki kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah
  • JENAYAH

Ops Tapis Khas: Polis menahan dua lelaki kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 12 hours ago
SERBUAN PERTAMA....Seorang lelaki yang ditahan di tepi Jalan Kampung Litong, Mukah, didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

MUKAH: Polis menahan dua lelaki kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam Ops Tapis Khas di dua lokasi berasingan di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, serbuan pertama dijalankan lebih kurang jam 7.30 pagi, di tepi Jalan Kampung Litong, telah berjaya menahan seorang lelaki berumur 26 tahun.

“Pemeriksaan badan yang dijalankan tidak menemui apa-apa barang salah. Suspek dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

SERBUAN KEDUA....Seorang lelaki ditahan di dalam bilik rumah panjang di kawasan Dijih, Selangau, satu keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu.

“Ujian urin yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

“Suspek yang bekerja sebagai nelayan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu tarikh pendakwaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Serbuan kedua, katanya, dijalankan lebih kurang jam 12.00 tengahari, di dalam bilik sebuah rumah panjang di kawasan Dijih Selangau, telah menahan seorang lelaki berumur 31 tahun telah. 

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai satu keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu. anggaran berat kasar dadah yang dirampas ialah 0.04 gram,” ujarnya.

Katanya, suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut, ujian urin ke atas suspek mendapati beliau positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. 

“Suspek mempunyai tiga rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah. Suspek juga disyaki terlibat dengan kes pecah rumah dan curi tong gas yang berlaku pada 27 mac 2026 di sebuah rumah panjang di Nanga Sebatu Selangau.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” tegasnya.

Katanya lagi, suspek yang bekerja sebagai buruh ladang sawit direman dua hari sehingga 31 Mac bagi melengkapkan siasatan.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki disyaki cuba mencuri, ditahan penduduk kampung di Mukah
Next: Lima lelaki ditahan dalam Operasi Tapis Khas di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.