Kerajaan Sarawak dijangka umum bantuan  tangani kos sara hidup

Facebook
WhatsApp
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-60 Jubli Intan SMK Long Lama di sini, malam tadi. 

MIRI: Kerajaan Sarawak dijangka mengumumkan bantuan  dalam masa terdekat bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kenaikan kos sara hidup susulan peningkatan harga barang dan bahan api ketika ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu sedang diperhalusi di peringkat Kabinet sebelum sebarang pengumuman rasmi dibuat.

“Kita akan bermesyuarat terlebih dahulu. Dalam Kabinet memang saya telah menyatakan bahawa kita akan memberi sedikit bantuan untuk menghadapi masalah yang kita hadapi ketika ini.
“Kita  akan umumkan  selepas mesyuarat Kabinet,”
katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-60 Jubli Intan SMK Long Lama di sini, malam tadi.

Oleh Liong Chai Ling