Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ops HRA 2026: Pemantauan dipertingkat di beberapa daerah menjelang hujung minggu
  • TEMPATAN

Ops HRA 2026: Pemantauan dipertingkat di beberapa daerah menjelang hujung minggu

Utusan Sarawak 8 hours ago
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus mempergiatkan tinjauan dan pemantauan di beberapa daerah yang dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan sempena pelaksanaan Ops Hari Raya (HRA) 2026. Foto JPJ Negeri Sarawak

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus mempergiatkan tinjauan dan pemantauan di beberapa daerah yang dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan sempena pelaksanaan Ops Hari Raya (HRA) 2026, khususnya menjelang hujung minggu.

Antara daerah yang diberi tumpuan termasuk Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri susulan peningkatan aliran trafik apabila orang ramai mula pulang dari sambutan Hari Raya ke destinasi masing-masing, selain membuat persiapan pembukaan musim persekolahan yang dijadualkan bermula minggu hadapan.

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus mempergiatkan tinjauan dan pemantauan di beberapa daerah yang dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan sempena pelaksanaan Ops Hari Raya (HRA) 2026. Foto JPJ Negeri Sarawak

Menurut JPJ Sarawak, langkah pemantauan yang dipertingkatkan ini bertujuan memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa berada pada tahap optimum serta mengurangkan risiko kemalangan di lokasi berisiko tinggi, terutama dalam keadaan trafik yang semakin padat.

“Penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan dan menyeluruh, termasuk pemeriksaan ke atas kenderaan serta pemantauan tingkah laku pemandu,” menurut kenyataan itu.

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus mempergiatkan tinjauan dan pemantauan di beberapa daerah yang dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan sempena pelaksanaan Ops Hari Raya (HRA) 2026. Foto JPJ Negeri Sarawak

JPJ Sarawak turut menegaskan komitmennya untuk memastikan keselamatan serta kesejahteraan semua pengguna jalan raya sentiasa terpelihara sepanjang tempoh Ops HRA 2026.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Operasi Semut di Bario bukan sekadar peringatan tetapi inspirasi
Next: Kesedaran ‘Earth Hour’ perlu berterusan, bukan sekadar satu jam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.