Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Rusia larang eksport petrol mulai 1 April, stabilkan pasaran domestik
  • BISNES

Rusia larang eksport petrol mulai 1 April, stabilkan pasaran domestik

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

MOSCOW: Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak mengarahkan Kementerian Tenaga untuk merangka dekri kerajaan bagi melarang eksport petroleum bermula 1 April 2026, menurut kenyataan kerajaan pada Jumaat.

Larangan itu akan berkuat kuasa sehingga 31 Julai, lapor Xinhua dengan memetik agensi berita TASS.

Susulan mesyuarat mengenai pasaran bahan api domestik yang dipengerusikan Novak, kerajaan dalam satu kenyataan berkata langkah itu bertujuan menstabilkan harga dan memastikan bekalan keutamaan untuk pasaran dalam negara.

Dalam mesyuarat itu, pegawai turut menekankan tugas yang ditetapkan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin, untuk mengelakkan kenaikan harga bahan api domestik melebihi paras yang diunjurkan.

“Kata Timbalan Perdana Menteri, ketidaktentuan dalam pasaran minyak global dan produk petroleum akibat krisis di Asia Barat menyebabkan turun naik harga yang ketara,” menurut kenyataan itu.

Novak berkata permintaan kukuh terhadap sumber tenaga Rusia di pasaran luar negara kekal sebagai faktor positif.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan emas dijangka diniagakan antara AS$4,300 hingga AS$4,500 minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.