
DHAKA: Lima orang maut digilis kereta api di Daerah Tangail, kira-kira 97 km dari ibu negara Dhaka, pada Jumaat malam, lapor Xinhua yang memetik polis tempatan hari ini.
Dua lagi dilaporkan cedera parah, kata Mizanur Rahman, sub-inspektor di pos luar Stesen Kereta Api Tangail.
Menurut pegawai itu, nahas berlaku kira-kira 8.30 malam waktu tempatan semalam apabila bas yang menuju ke Dhaka kehabisan minyak dan terhenti di tepi jalan.
Pemandu dan kelindannya pergi untuk mendapatkan bekalan minyak, meninggalkan penumpang menunggu. Beberapa penumpang turun dari bas dan duduk atau berjalan di landasan kereta api berhampiran sebelum kereta api dari arah Dhaka melanggar mereka, katanya.
-Bernama