Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Brunei sasar lebih dua juta penumpang udara menjelang 2030
  • GLOBAL

Brunei sasar lebih dua juta penumpang udara menjelang 2030

Utusan Sarawak 8 hours ago

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei menyasarkan untuk meningkatkan trafik penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kepada lebih dua juta orang dan mengendalikan 38,000 tan kargo udara menjelang 2030, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.

Menurut Buletin Borneo, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Pengiran Shamhary Pengiran Haji Mustapha berkata pada Khamis sasaran itu digariskan dalam pelan strategik kementerian untuk memperkukuh sektor penerbangan negara.

Beliau menyatakan bahawa inisiatif itu adalah sebahagian usaha untuk menambah baik ketersambungan, meningkatkan keupayaan logistik dan menyokong pertumbuhan ekonomi menerusi industri penerbangan.

Pengiran Shamhary juga berkata Brunei sedang meneroka kemungkinan mewujudkan syarikat penerbangan tambang rendah untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Di samping itu, kerajaan sedang mengkaji pengkorporatan langkah kawalan atau pengurusan di lapangan terbang antarabangsa.

Pendekatan yang dicadangkan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi, kualiti perkhidmatan dan daya saing keseluruhan lapangan terbang. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Konsert BTS di lima negara Amerika Latin Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.