Kebakaran belukar Daro merebak cecah 10 hektar hari kedua

Facebook
WhatsApp
MEREBAK… Kebakaran belukar di Kampung Penasu semakin merebak dengan keluasan kawasan terjejas meningkat kepada 10 hektar setakat hari kedua operasi pemadaman hari ini. Foto BBP Daro

DARO: Kebakaran belukar di Kampung Penasu di sini semakin merebak dengan keluasan kawasan terjejas meningkat kepada 10 hektar setakat hari kedua operasi pemadaman hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.53 malam tadi.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro yang tiba di lokasi pada 1.11 pagi, mendapati kebakaran melibatkan kawasan belukar dan masih aktif.

“Keadaan cuaca panas dan berangin menyebabkan api cepat merebak sekali gus meningkatkan keluasan kawasan terbakar.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 365 meter dengan satu pancutan pam angkut, dengan sumber air diperoleh dari parit berhampiran,” kata kenyataan itu hari ini.

MEREBAK… Kebakaran belukar di Kampung Penasu semakin merebak dengan keluasan kawasan terjejas meningkat kepada 10 hektar setakat hari kedua operasi pemadaman hari ini. Foto BBP Daro

Kenyataan itu berkata, operasi pemadaman masih diteruskan bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. Operasi melibatkan lima anggota bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda,” ujar kenyataan tersebut.

Oleh Akun Giman

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis