Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kuasai pelbagai bahasa bantu Bront Palarae ke panggung antarabangsa
  • HIBURAN

Kuasai pelbagai bahasa bantu Bront Palarae ke panggung antarabangsa

Utusan Sarawak 19 hours ago

KUASAI bahasa, luas peluang, Bront Palarae buktikan bakat tempatan mampu tembusi pentas antarabangsa.

KUALA LUMPUR: Kebolehan berbahasa Thailand selain fasih berbahasa Inggeris menjadi satu aset berharga buat pelakon serba boleh Bront Palarae yang namanya kini kian dikenali dalam industri perfileman negara tetangga Indonesia dan Thailand.

Kelebihan itu memikat hati produksi luar yang seterusnya membuka lebih banyak peluang untuk aktor berusia 48 tahun ini mengukuhkan namanya di luar Malaysia.

Terbaharu, Bront tampil dalam filem genre seram Kong Tao, terbitan produksi Malaysia dan Thailand, dan sejak ditayangkan pada 19 Mac lepas, nashkah yang mengetengahkan kisah ilmu hitam di Asia Tenggara itu mencatat kutipan sebanyak RM2.2 juta.

“Dalam negara berbilang bangsa dan bahasa seperti Malaysia, kelebihan dapat berbahasa asing memang satu aset besar, bukan sahaja dalam lakonan tetapi apa jua bidang sekalipun.

“Walaupun tidak semua watak memerlukan bahasa asing secara intensif, pemahaman membantu membentuk persembahan lebih meyakinkan. Bukan sekadar komunikasi, tetapi membantu kita memahami orang lain, budaya, cara bekerja dan perspektif mereka,” katanya ketika ditemui selepas sidang media filem itu baru-baru ini.

Selain Bront, filem itu turut dibintangi beberapa pelakon popular Asia, antaranya Philip Keung dari Hong Kong dan aktres Thailand Kao Supassara. 

Mengulas pembabitannya dalam filem itu, Bront, atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, berkata pengalaman berlakon dalam naskhah seram tersebut membolehkan beliau memahami sudut pandang masyarakat lain tentang elemen mistik. 

“Pengalaman itu membuka ruang untuk saya melihat bagaimana cerita dan kepercayaan sesuatu budaya diterjemahkan secara visual. Saya juga sangat teruja apabila berpeluang membintangi naskhah yang menggabungkan pelakon dari beberapa negara Asia termasuk Hong Kong, Thailand dan Singapura.

“Filem yang mengangkat ilmu hitam ini menarik kerana melibatkan budaya Malaysia dan juga negara jiran,” katanya yang  pernah merangkul trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Baan Nang Klang Lakorn ke-21 di Thailand.

Sementara itu, Bront yang sedang menyambung pengajian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan Eksekutif di Asia School of Business, memaklumkan yang beliau meraikan Aidilfitri tahun ini di Boston, Amerika Syarikat.

“Saya akan berada di Boston selama tiga minggu untuk menamatkan pengajian kemudian akan graduasi (konvokesyen). Ini fasa terakhir, harap selesai tidak lama lagi sebelum kembali bekerja,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia, Thailand bersama terbit filem antologi seram
Next: Syed Saddiq, Bella Astillah sah bertunang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.