
KUCHING: Dua rumah teres dua tingkat di Lorong 3B1, Taman Seng Goon, terbakar sekitar 10.29 pagi tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut.
Menurut Komander Operasi, PBK I Chaplin Wan, anggota dari BBP Batu Lintang bersama bantuan BBP Tabuan Jaya tiba di lokasi tujuh minit kemudian pada 10.36 pagi. Kebakaran menjejaskan rumah berkeluasan 50 × 60 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan sebanyak 70 peratus.
Tindakan pemadaman dilakukan mengikut konsep RECEO secara ofensif dan defensif menggunakan dua aliran 300 kaki, dua teknik ‘Dividing Breaching’ dan empat nozel. Air disalurkan daripada pili bomba berdekatan bagi memastikan api dapat dikawal dengan cepat.


Operasi yang melibatkan 18 anggota dan tiga jentera, iaitu dua FRT dan satu EMRS, berjaya menamatkan kebakaran sepenuhnya pada 12.55 tengah hari. Anggota bomba mengesahkan tiada lagi kemarahan api dan jentera serta anggota pulang ke balai selepas operasi selesai.
Selain itu, lima anggota dari Sarawak Energy Berhad (SEB) turut berada di lokasi bagi tujuan keselamatan dan pemantauan.