Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki 39 tahun dilaporkan hilang di Kampung Hulu Pusa, polis mohon bantuan orang ramai
  • Tengah
  • WILAYAH

Lelaki 39 tahun dilaporkan hilang di Kampung Hulu Pusa, polis mohon bantuan orang ramai

Utusan Sarawak 4 hours ago
LELAKI dikenali sebagai Muhammad Rahmat berumur 39 tahun dilaporkan hilang di Kampung Hulu Pusa sejak awal pagi Isnin lalu. Foto: IPD Betong

BETONG: Seorang lelaki berusia 39 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari kediamannya di Kampung Hulu Pusa sejak awal pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki tersebut pada hari ini dan siasatan segera telah dijalankan bagi mengesan mangsa.

Menurut beliau, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Rahmat berumur 39 tahun ketika dilaporkan hilang.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai keluar dari rumahnya sekitar jam 5.30 pagi pada hari kejadian dan tidak pulang sehingga kini, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga.

“Sehubungan itu, polis sedang giat menjalankan usaha mengesan mangsa termasuk menjejaki pergerakan terakhirnya serta mendapatkan maklumat daripada orang awam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa kes ini diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH) dan siasatan dijalankan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh pihak polis.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kehilangan tersebut diminta tampil membantu dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Azemi Sekara di talian 013-2822338 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam pada itu, DSP Wan Mohamad Ali menegaskan kerjasama masyarakat amat penting dalam membantu pihak polis mengesan mangsa dengan segera serta memastikan keselamatan individu yang dilaporkan hilang dapat dipelihara.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Jong Yean Pin ambil alih sebagai Pemangku Pengerusi SUPP Cawangan Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.