Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia, China perkukuh hubungan diplomatik, kerjasama keselamatan hadapi cabaran global
  • NASIONAL

Malaysia, China perkukuh hubungan diplomatik, kerjasama keselamatan hadapi cabaran global

Utusan Sarawak 12 hours ago
PERDANA Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Keselamatan Dalam Negeri China, Chen Yixin, di Perdana Putra, Putrajaya. 26 Mac 2026. Foto facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Malaysia dan China bertekad untuk terus memperkasa hubungan diplomatik serta kerjasama keselamatan bagi memastikan kemakmuran yang dinikmati kedua-dua negara dari aspek sosial dan ekonomi sentiasa terpelihara dalam mendepani cabaran masa hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan semasa beliau menerima kunjungan hormat Menteri Keselamatan Dalam Negeri China Chen Yixin yang berkunjung ke Malaysia sebagai lawatan pertamanya ke negara sahabat tahun ini.

“Perbincangan kami terarah kepada perihal hubungan dua hala dari sisi kerjasama keselamatan dua negara serta situasi geopolitik semasa dunia yang menuntut kerjasama erat dua negara sahabat dalam memastikan keselamatan dan kestabilan rantau ini terus utuh.

“Moga kemajuan yang dicapai bersama oleh kedua-dua negara dalam pelbagai aspek akan terus menjadi dorongan untuk terus memacu hubungan akrab Malaysia dan China,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Anwar berkata sebagai rakan akrab kepada Malaysia, kehadiran tokoh kepimpinan tinggi dari Kerajaan China merupakan suatu ehwal yang sangat dihargai oleh beliau dan seluruh jentera Kerajaan MADANI. – Bernama

Continue Reading

Previous: Permintaan pelancongan ASEAN kekal kukuh di tengah-tengah ketegangan geopolitik – Chiew
Next: Subsidi petrol, diesel di bawah BUDI95 dan BUDI Diesel cecah RM4 bilion sebulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.