Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah musnah, tiga sekeluarga berjaya menyelamatkan diri 
  • KEBAKARAN

Rumah musnah, tiga sekeluarga berjaya menyelamatkan diri 

Utusan Sarawak 9 hours ago
API MARAK.…Api sedang marak memusnahkan sebuah rumah PPRT dan sebuah rumah burung walit di di Jalan Kampung Masjid Lama Semop Hilir, Kampung Semop di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

DARO: Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Jalan Kampung Masjid Lama Semop Hilir, Kampung Semop di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, tiga mangsa terdiri daripada seorang wanita berusia 38 tahun bersama dua anak tirinya, masing-masing lelaki berusia 13 tahun dan perempuan 17 tahun, berjaya menyelamatkan diri. Suaminya pula berusia 35 tahun dilaporkan keluar bekerja ketika kejadian.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.39 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

API MARAK.…Api sedang marak memusnahkan sebuah rumah PPRT dan sebuah rumah burung walit di di Jalan Kampung Masjid Lama Semop Hilir, Kampung Semop di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah PPRT jenis struktur tidak kekal yang musnah sepenuhnya, selain turut memusnahkan sebuah rumah sarang burung walit.

“Pihak bomba menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua nozel dengan sumber pili bomba untuk memadam kebakaran.

“Api berjaya dikawal daripada merebak ke rumah jiran dan hanya menjejaskan bahagian dapur kira-kira lima peratus akibat bahangan,” katanya.

Beliau berkata, semasa kejadian, tiga penghuni berada di dalam rumah dan kesemuanya berjaya keluar menyelamatkan diri.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua mangsa selamat. Punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. Operasi pemadaman tamat pada jam 6.50 pagi,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Pemeriksaan 14 pili bomba tingkat tahap keselamatan kebakaran di Bintangor
Next: Kebakaran belukar di Kuala Tatau merebak hingga lapan hektar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.