Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kontrak Gabriel Palmero ditamatkan
  • SUKAN

Kontrak Gabriel Palmero ditamatkan

Utusan Sarawak 6 hours ago
 DITEMUI MEDIA…Dato Fazzrudin Abdul Rahman ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Hikmah, Petra Jaya, hari ini. Foto Norman B

PETRA JAYA: Status pemain Gabriel Palmero akhirnya terjawab apabila kontraknya bersama Kuching City FC ditamatkan secara persetujuan bersama selepas perbincangan dengan pihak pengurusan pasukan.

Presiden Kuching City FC, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat beberapa hari selepas rundingan diadakan susulan isu penggantungan yang dikenakan ke atas pemain berkenaan.

“Selepas berbincang, kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kontrak dan beliau kini membawa haluan sendiri. Buat masa ini, beliau juga berada di Kuala Lumpur bagi mengikuti latihan sebelum keputusan dimuktamadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Hikmah, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fazzrudin menjelaskan bahawa pihak pengurusan pasukan memberi sepenuh kepercayaan kepada ketua jurulatih, Aidil Sharin dalam menentukan hala tuju serta strategi pasukan.

KONTRAK Palmero bersama Kuching City FC sudah ditamatkan atas persetujuan bersama. Foto Kuching City

Menurutnya, perbincangan bersama ketua jurulatih berjalan dengan baik dan sebarang pengumuman rasmi berkaitan pemain baharu dijangka dibuat dalam masa terdekat.

“Segala urusan berkaitan pemain termasuk yang berada dalam radar diserahkan sepenuhnya kepada ketua jurulatih kerana beliau lebih arif mengenai keperluan pasukan di padang latihan,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan pihak kelab telah mengemukakan permohonan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi menyiasat kemungkinan berlaku kesilapan teknikal dalam pendaftaran pemain.

Katanya, terdapat situasi membabitkan pemain yang telah didaftarkan tetapi tidak disenaraikan dalam senarai rasmi perlawanan oleh pegawai bertugas.

“Kita sudah mengisi dan menyerahkan pendaftaran pemain, namun berlaku keciciran nama ketika senarai rasmi dikeluarkan, sebaliknya nama pemain lain dimasukkan walaupun beliau tidak bersama pasukan ketika itu.

“Terdapat sekurang-kurangnya dua kes terdahulu yang menjadi rujukan apabila kesilapan teknikal pegawai perlawanan diterima dan diperbetulkan,” katanya.

Tambahnya, pihak kelab akan terus berusaha mengikut peraturan sedia ada dan berharap MFL dapat meneliti perkara tersebut serta memberikan penyelesaian sewajarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan persiapan pasukan kini berjalan lancar termasuk aksi persahabatan menentang pasukan dari Singapura pada Sabtu ini sebagai persediaan menghadapi perlawanan menentang Selangor bulan hadapan.

Sehubungan itu, beliau menggesa para penyokong Kuching City khususnya rakyat Sarawak yang berada di Semenanjung agar terus memberikan sokongan padu kepada pasukan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama isteri serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri, serta kenamaan lain.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Tahap kesiapsiagaan Malaysia anjur Sukan SEA 2027 hampir 80 peratus 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.