Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan di Bau kerana penyalahgunaan dadah
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan di Bau kerana penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 7 hours ago
DUA ditangkap kerana penyalahgunaan dadah

BAU: Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah Bau.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman berkata, tangkapan dibuat dalam Op Tapis yang dijalankan di Pejabat BSJND Bau antara jam 2.00 petang hingga 3.50 petang.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin,” katanya.

Kedua-dua suspek berumur 37 dan 26 tahun itu merupakan buruh kasar dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Buso.

Menurutnya, kedua-dua suspek mengaku mengambil dadah jenis syabu kira-kira dua hari sebelum ditahan.

“Mereka disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek turut mempunyai rekod lampau di bawah seksyen yang sama dan kini ditahan di lokap Balai Polis Bau untuk tindakan lanjut.

Tiada rampasan dadah atau barangan lain dilaporkan dalam operasi tersebut.

Oleh Connnie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Petugas kesihatan dikompaun merokok di premis makanan
Next:  Lelaki diberkas curi kabel di Marina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.