Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 400 stesen minyak di Filipina ditutup susulan kenaikan harga bahan api
  • GLOBAL

Lebih 400 stesen minyak di Filipina ditutup susulan kenaikan harga bahan api

Utusan Sarawak 6 hours ago
LEBIH 400 stesen minyak di Filipina ditutup susulan kenaikan harga bahan api. Gambar hiasan.

MANILA: Lebih 400 stesen minyak di seluruh Filipina telah menghentikan operasi susulan kenaikan harga bahan api, menurut Polis Kebangsaan Filipina (PNP) pada Isnin, lapor Xinhua.

Jurucakap PNP Randulf Tuano berkata pada sidang media bahawa jumlah stesen minyak yang ditutup di Filipina meningkat kepada 403 berbanding 273 yang direkodkan pada Rabu lepas.

Beliau menambah bahawa PNP telah memantau sebanyak 14,313 stesen minyak di seluruh negara, dan bekalan bahan api sedia ada dijangka mencukupi sehingga pertengahan April.

PNP juga telah memfailkan kes berkaitan penjualan bahan api secara haram, penyorokan bekalan dan pencatutan di beberapa kawasan.

Agensi itu menyatakan ia sedang menyelaraskan siasatan dengan Jabatan Tenaga, selain memperhebatkan pemantauan terhadap stesen minyak yang menghentikan operasi selepas curiga bahawa sebahagian penutupan mungkin berkait dengan manipulasi harga. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Singapura, Australia bimbang konflik Asia Barat, tekad perkukuh keselamatan tenaga
Next: Thailand perkenal aplikasi ‘Fuel Now’, kemas kini stesen minyak secara masa nyata

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.