Seorang maut, dua hilang dalam kebakaran turbin angin

Facebook
WhatsApp
PASUKAN bomba dan penyelamat dikerahkan ke lokasi kebakaran turbin angin di Yeongdeok, tenggara Korea Selatan. Foto Agensi

YEONGDEOK: Satu kebakaran berlaku di sebuah turbin angin di Daerah Yeongdeok, tenggara Korea Selatan pada Isnin, mengorbankan seorang dan menyebabkan dua lagi belum dapat dikesan, kata pihak berkuasa, menurut Agensi Berita Yonhap.

Kebakaran itu tercetus sekitar 1:11 tengah hari di turbin dalam kompleks tenaga angin di daerah berkenaan, kira-kira 240 kilometer di tenggara Seoul, menurut pihak bomba tempatan.

Seorang pekerja syarikat turbin angin disahkan maut dalam kebakaran itu, manakala dua lagi masih gagal dikesan.

Seorang pegawai polis berkata kedua-dua mangsa dipercayai berada di dalam turbin tersebut.

Pihak berkuasa mengerahkan 11 helikopter dan 148 anggota bagi memadamkan kebakaran.- Bernama-Yonhap