Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM100,000 bantu tingkat keselamatan sekolah
  • Utara
  • WILAYAH

RM100,000 bantu tingkat keselamatan sekolah

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENYERAHKAN…Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man menyerahkan cek kepada Guru Besar  SK St Columba,Eno Liau untuk pemasangan kamera litar tertutup.  

MIRI: Dua sekolah di sini menerima sumbangan keseluruhan berjumlah RM100,000 bagi pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebagai usaha meningkatkan tahap keselamatan pelajar dan warga sekolah.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, inisiatif tersebut merupakan langkah pencegahan penting dalam memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat dan terkawal.

Menurutnya, pemasangan CCTV bukan sahaja membantu pemantauan kawasan sekolah, malah bertindak sebagai elemen pencegah terhadap sebarang perlakuan jenayah dan salah laku.

“Keselamatan murid adalah tanggungjawab bersama. Kita tidak mahu sebarang insiden yang boleh dicegah berlaku di kawasan sekolah,” katanya.

Penyerahan pertama melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) St. Columba, apabila sumbangan disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan bagi tujuan pemasangan CCTV.

Cek sumbangan tersebut diterima oleh Guru Besar SK St. Columba, Eno Liau yang merakamkan penghargaan atas keprihatinan terhadap keselamatan warga sekolah.

Sementara itu, penyerahan kedua diberikan kepada Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) SJK(C) Chung Hua Lutong dalam satu majlis di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Miri.

Sumbangan tersebut diterima oleh Pengerusi LPS, Kong San Hoe bersama Bendahari, Huong Haw Siew, mewakili pihak sekolah.

Chiew yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, usaha berkenaan adalah sebahagian daripada komitmennya untuk memastikan semua sekolah di Miri, tanpa mengira aliran, mempunyai tahap keselamatan yang sewajarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan pencegahan awal melalui pemasangan sistem keselamatan adalah lebih berkesan berbanding tindakan selepas sesuatu kejadian berlaku.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Festival Buku 2026 di Kuching tawarkan fiksyen, bukan fiksyen dan judul terkini
Next: Pemimpi masyarakat sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.