Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapangan Terbang LaGuardia New York ditutup, pesawat berlanggar dengan trak bomba
  • GLOBAL

Lapangan Terbang LaGuardia New York ditutup, pesawat berlanggar dengan trak bomba

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEBUAH pesawat Air Canada Express jenis CRJ-900 berada di landasan selepas berlanggar dengan trak bomba Pihak Berkuasa Pelabuhan di Lapangan Terbang LaGuardia, New York, pada hari ini. Penerbangan Air Canada Express AC8646 yang berlepas dari Montreal terlibat dalam pelanggaran dengan trak bomba tersebut ketika mendarat. Foto AFP

NEW YORK: Sebuah pesawat dan trak bomba terlibat dalam pelanggaran di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, di sini, awal pagi Isnin, menurut pihak berkuasa, sekali gus memaksa operasi penerbangan di hab pengangkutan itu dihentikan.

Jabatan Polis New York memaklumkan kepada AFP bahawa sebuah pesawat Air Canada “berlanggar dengan kenderaan pihak berkuasa pelabuhan”.

Dalam kenyataan berasingan, jabatan bomba berkata pihaknya “memberi respons terhadap insiden dilaporkan melibatkan sebuah pesawat dan kenderaan” di landasan empat.

Menurut laporan media Amerika Syarikat termasuk CNN dan NBC, juruterbang serta pembantu juruterbang pesawat berkenaan dilaporkan maut dalam perlanggaran tersebut.

Laporan turut menyebut seramai 13 individu lain, termasuk 11 penumpang dan dua anggota penyelamat pertama, dibawa ke hospital akibat kecederaan, menurut penyiar ABC yang memetik pegawai berkaitan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengeluarkan arahan henti pergerakan darat (ground stop) di lapangan terbang berkenaan dan menyatakan terdapat kemungkinan besar arahan itu akan dilanjutkan.

ANGGOTA kecemasan memberi respons terhadap sebuah pesawat Air Canada Express jenis CRJ-900 selepas berlanggar dengan trak bomba Pihak Berkuasa Pelabuhan di Lapangan Terbang LaGuardia, New York, pada 23 Mac 2026. Penerbangan Air Canada Express AC8646 yang berlepas dari Montreal terlibat dalam pelanggaran dengan trak bomba tersebut ketika mendarat. Foto AFP

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak segera memberikan butiran lanjut mengenai insiden itu, termasuk sebarang korban.

AFP telah menghubungi pihak berkuasa pelabuhan dan Air Canada untuk mendapatkan maklum balas.

Platform penjejakan penerbangan, FlightRadar24, melaporkan sebuah pesawat Air Canada Express “berlanggar dengan kenderaan penyelamat dan pemadam kebakaran lapangan terbang” ketika mendarat.

Pesawat itu, jenis CRJ-900 yang dikendalikan oleh Jazz Aviation, rakan serantau Air Canada, berlepas dari Montreal, menurut platform tersebut.

Ia “sedang bergerak di landasan apabila melanggar” kenderaan yang melintasi laluannya, menurut FlightRadar24.

Pihak pengurusan kecemasan New York menasihati orang ramai supaya menjangkakan pembatalan, penutupan jalan, kelewatan trafik dan kehadiran anggota kecemasan di sekitar hab pengangkutan utama di Daerah Queens.

“Gunakan laluan alternatif,” menurut kenyataan di platform X.

Semua penerbangan berlepas dari LaGuardia sama ada ditangguhkan atau dibatalkan setakat awal pagi Isnin, menurut laman web lapangan terbang itu.

AFP turut menghubungi pihak lapangan terbang dan jabatan polis pihak berkuasa pelabuhan untuk mendapatkan komen.

LaGuardia sebelum ini sudah mengalami gangguan penerbangan akibat cuaca buruk, menurut kenyataan lapangan terbang itu pada Ahad di X.- AFP

Continue Reading

Previous: Konflik Asia Barat cetus krisis, ganggu kehidupan harian dari Vientiane hingga Yangon
Next: Seorang maut, dua hilang dalam kebakaran turbin angin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.