Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini, satu kes kematian libatkan kanak-kanak
  • NASIONAL

15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan tahun ini, satu kes kematian libatkan kanak-kanak

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini bagi 2026, termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak yang tertinggal dalam kenderaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini, beliau berkata dalam cuaca panas melampau ketika ini orang ramai perlu lebih peka, termasuk mengawasi tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa dan suhu badan yang semakin meningkat.

“Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah-langkah pencegahan segera dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong, dan sejukkan badan dengan segera,” katanya.

Dzulkefly turut menggesa orang ramai agar jangan meninggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit.

“Bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif di bawah cuaca panas merupakan antara golongan berisiko terdedah dengan strok haba,” katanya.

Terbaharu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan).

Menurut kenyataan itu, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.- Bernama

Continue Reading

Previous: Dunia bakal ‘bankrap air’. Adakah Malaysia bersedia?
Next: Bekas pekerja bank raih jualan ratusan ribu ringgit melalui perusahaan madu kelulut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.