Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • MotoGP: Hakim Danish raih tempat ke-10 di GP Brazil
  • SUKAN

MotoGP: Hakim Danish raih tempat ke-10 di GP Brazil

Utusan Sarawak 9 hours ago
MUHAMMAD Hakim Danish Ramli raih kedudukan ke-10 di GP Brazil. Foto Facebook ZK Racing

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli, menamatkan saingan Grand Prix (GP) Brazil di kedudukan ke-10 sekali gus meneruskan rentak konsisten dengan satu lagi keputusan positif dalam kempen musim ini.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu memulakan perlumbaan dari petak ketiga selepas mempamerkan aksi cemerlang pada sesi kelayakan, semalam.

Bagaimanapun, perlumbaan terpaksa dihentikan pada pusingan ke-15 daripada 24 pusingan susulan kemalangan yang berlaku.

Perlumbaan yang bermula dengan penyertaan 24 pelumba itu menyaksikan hanya 12 pelumba kembali bersaing dalam lima pusingan penentuan selepas insiden berkenaan.

Perlumbaan dimenangi pelumba Sepanyol, Máximo Quiles, yang menewaskan Marco Morelli dari Argentina dengan kelebihan tipis 0.143 saat (s).

Tempat ketiga menjadi milik pelumba Indonesia, Veda Pratama, yang menamatkan perlumbaan 1.650s di belakang juara.- Bernama

Continue Reading

Previous: Sukan Komanwel 2026: Amir Daniel Idam lakar sejarah lagi di Glasgow
Next: Pelari 800m AS Lutkenhaus juara dunia olahraga termuda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.