Kunjungan Aidilfitri erat hubungan pemimpin dan masyarakat di Marudi

Facebook
WhatsApp
PRIHATIN…Isteri kepada Datuk Dr Penguang Manggil, Datin Monica menyampaikan duit raya kepada keluarga Rosli Selman di Kampung Pemindahan Marudi. Foto Jiku Juguong
 

MARUDI: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil, bersama isterinya Datin Monica mengadakan kunjungan Hari Raya di beberapa kampung masyarakat Melayu di sini, hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, lapan rumah adalah milik golongan B40, dan kunjungan itu memberi peluang untuk beliau mengenali mereka dengan lebih dekat.

“Yang penting, kunjungan ini sebagai tanda pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan B40 yang ramai menetap di kawasan Marudi,” katanya

SALAM AIDILFITRI…Datuk Dr Penguang dan isteri Datin Monica serta rombongan berkunjung raya di kediaman warga pendidik, Ismail Hameed di Kampung Padang Kerbau. Foto Jiku Juguong

Menurut beliau, lawatan tersebut juga membolehkan beliau meninjau sendiri keadaan serta keperluan penduduk di setiap kampung.

“Saya dapat mengenal pasti beberapa rumah yang perlu dibantu, khususnya dari segi baik pulih kediaman serta bantuan lain daripada kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa kunjungan seumpama ini wajar diteruskan semasa perayaan utama seperti Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak dan Krismas bagi mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

ERAT SILATURAHIM…Datuk Dr Penguang berkujung ke rumah pesara Hospital Abang Hussein Abang Borhan di Kampung Narum. Foto Jiku Juguong

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Melayu, Cina dan Iban di kawasan Marudi yang bersama beliau dalam kunjungan tersebut.

Pada lawatan itu, beliau turut menyampaikan duit raya kepada keluarga yang dikunjungi.

Oleh Jiku Juguong

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan