Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kemboja rekod kelahiran ketiga anak ikan lumba-lumba Mekong nadir pada 2026
  • GLOBAL

Kemboja rekod kelahiran ketiga anak ikan lumba-lumba Mekong nadir pada 2026

Utusan Sarawak 8 hours ago
KELAHIRAN anak Irrawaddy dolphin memberi sinar baharu kepada usaha pemuliharaan spesies terancam di Kemboja.

PHNOM PENH: Seekor lagi anak ikan lumba-lumba Irrawaddy Mekong yang nadir (jarang ditemukan) dikesan, menjadikan jumlah kelahiran mamalia itu di Kemboja kepada tiga setakat tahun ini, menurut kenyataan media Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (MAFF) pada Sabtu, lapor Xinhua.

Anak ikan itu dikesan pada petang Rabu di kolam ikan lumba-lumba Kampi di daerah Chetr Borei, wilayah Kratie oleh pasukan penyelidik Pentadbiran Perikanan dan Tabung Alam Sedunia (WWF).

“Anak ikan berusia dua hari itu berada dalam keadaan sihat dan kelihatan berenang bersama sekumpulan lima ekor ikan lumba-lumba dewasa,” menurut kenyataan itu. “Ia merupakan anak ikan lumba-lumba ketiga yang dilahirkan pada 2026.”

Ikan lumba-lumba Irrawaddy Mekong telah disenaraikan sebagai spesies terancam kritikal dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) sejak 2004.

Dianggarkan pada masa ini terdapat kira-kira 115 ekor ikan lumba-lumba Irrawaddy yang hidup di sepanjang 120 kilometer saluran utama Sungai Mekong di timur laut wilayah Kratie dan Stung Treng, menurut MAFF.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 14 maut dalam kebakaran kilang alat ganti kereta di Korea Selatan
Next: Ribuan pelancong hadir di Angkor Wat saksi matahari terbit ekuinok di Kemboja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.