Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ziarah Aidilfitri erat perpaduan masyarakat Song
  • Tengah
  • WILAYAH

Ziarah Aidilfitri erat perpaduan masyarakat Song

Utusan Sarawak 16 hours ago
ZIARAH AIDILFITRI….Lidam berkesempatan meluangkan masa menziarahi rakan-rakan Muslim di sekitar Kampung Gelam sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

SONG: Sambutan Hari Raya 2026 di daerah ini terus disemarakkan dengan amalan ziarah dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan berkesempatan meluangkan masa menziarahi rakan-rakan Muslim di sekitar Kampung Gelam sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menurutnya, sambutan hari yang mulia ini diharap dapat membawa keberkatan, kegembiraan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim tanpa mengira latar belakang masyarakat.

“Pada kesempatan ini, saya berbesar hati dapat bersama-sama meraikan sambutan ini dengan kehadiran Pegawai Daerah Song, Harry Bruce Edwin, Temenggung Toh Sze Hua, Pemancha Lim Eng Hock serta Kapitan Kong Choon Ming bersama rombongan,” katanya.

Beliau menambah, kehadiran pelbagai pihak dalam sambutan tersebut mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian yang menjadi kekuatan utama masyarakat di Song.

Sehubungan itu, beliau berharap Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kesyukuran, keamanan dan kegembiraan bersama keluarga tercinta.

“Bersama kita terus memupuk semangat muafakat demi kemajuan dan kesejahteraan Song,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Kreativiti penduduk hiasi kampung, pertandingan lampu raya jadi medan kebersamaan
Next: Dr Safiee menerima kunjungan orang ramai di kediamannya di Kampung Penasu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.