Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Liverpool kecam penghinaan rasis ‘pengecut’ terhadap Ibrahima Konate
  • GLOBAL

Liverpool kecam penghinaan rasis ‘pengecut’ terhadap Ibrahima Konate

Utusan Sarawak 5 hours ago
LIVERPOOL mengecam keras penghinaan rasis terhadap Ibrahima Konate sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan. Gambar hiasan.

LONDON: Liverpool mengecam penghinaan rasis yang ditujukan kepada pertahanan mereka, Ibrahima Konate, sebagai ‘tidak berperikemanusiaan, pengecut dan berakar daripada kebencian’.

Pemain antarabangsa Perancis itu terlibat dalam satu pertembungan dengan Victor Osimhen, yang menyebabkan penyerang berkenaan dikeluarkan pada separuh masa akibat kecederaan patah lengan.

Insiden itu menyebabkan pemain pertahanan tengah tersebut menjadi sasaran di media sosial, perbuatan yang disifatkan Liverpool sebagai ‘amat tidak boleh diterima’.

“Ia tidak berperikemanusiaan, pengecut dan berakar daripada kebencian. Rasisme tidak mempunyai tempat dalam bola sepak, tidak mempunyai tempat dalam masyarakat dan tidak mempunyai tempat di mana-mana, sama ada dalam talian atau luar talian,” menurut kenyataan kelab itu, menurut PA Media/dpa.

“Pemain kami bukan sasaran. Mereka adalah manusia. Penghinaan yang terus ditujukan kepada pemain, sering bersembunyi di sebalik akaun tanpa nama, adalah satu celaan terhadap permainan ini dan juga platform yang membenarkannya berterusan.

“Seluruh dunia bola sepak mesti bersatu dan menyatakan dengan jelas dan tanpa kompromi bahawa perkara ini tidak akan ditoleransi. Kata-kata kecaman sahaja tidak mencukupi.”

Kelab itu berkata keadaan semasa tidak boleh dibiarkan berterusan dan tanggungjawab juga perlu dipikul oleh penyedia platform media sosial untuk mengambil tindakan.

“Syarikat media sosial mesti bertanggungjawab dan bertindak sekarang,” tambah kenyataan itu.

“Platform ini mempunyai kuasa, teknologi dan sumber untuk menghalang penyalahgunaan ini, namun terlalu kerap mereka gagal melakukannya.

“Membiarkan kebencian rasis tersebar tanpa kawalan adalah satu pilihan, dan ia terus memudaratkan pemain, keluarga dan komuniti dalam sukan ini.

“Kami akan terus memberi sokongan penuh kepada Ibrahima dan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab jika boleh. Namun beban ini tidak sepatutnya terus ditanggung oleh pemain dan kelab selepas kerosakan berlaku.

“Keadaan semasa tidak boleh dibiarkan berterusan. Ia mesti ditentang, dicabar dan dihapuskan, bukan esok, tetapi sekarang.” – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Syarikat penerbangan alami kerugian AS$53 bilion susulan konflik Asia Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.