Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kad raya pelajar OKU cetus hobi kekalkan tradisi kiriman kad raya
  • NASIONAL

Kad raya pelajar OKU cetus hobi kekalkan tradisi kiriman kad raya

Utusan Sarawak 11 hours ago
GURU Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Melayu, Hafizul Syarafi Mohd Noor, 36, menunjukkan antara kad raya yang dikumpulnya ketika ditemui Bernama baru-baru ini. Bermula dengan pemberian kad raya daripada seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) pada saban tahun, seorang guru sekolah Muar mengabadikan pemberian itu dengan mengumpul dan menyimpan setiap kad raya sehingga menjadi koleksi. Foto Bernama

MUAR: Bermula dengan pemberian kad raya daripada seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) pada saban tahun, seorang guru sekolah di sini mengabadikan pemberian itu dengan mengumpul dan menyimpan setiap kad raya sehingga menjadi koleksi.

Guru Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Melayu Hafizul Syarafi Mohd Noor, 36, berkata lebih menyentuh hati kad raya itu dihasilkan sendiri oleh pelajar berkenaan dan menerimanya sejak 2020, ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sejak itu kiriman kad raya pasti diterima saban tahun, yang membuatkan hatinya terdetik untuk menyimpannya sebagai sesuatu yang ‘istimewa’ sebagai tanda penghargaan.

“Masuk tahun ini telah lima tahun saya terima dan menyimpan kad raya, istimewanya kad (raya) yang saya simpan ini bukanlah yang dibeli di mana-mana, tetapi yang diberikan kepada saya, yang sebelum itu saya akan mengirim dahulu dan kemudiannya individu itu akan membalasnya.

ANTARA koleksi kad raya yang dikumpulkan oleh Guru Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Melayu, Hafizul Syarafi Mohd Noor, 36, ialah kad yang diterimanya daripada pelbagai pihak termasuk institusi diraja, golongan kenamaan, pertubuhan, serta kenalannya sejak beliau mula menyimpan kad raya pada 2021. Foto Bernama

“Itulah antara keunikan kad raya yang saya terima dan saya simpan. Sehingga tahun ini saya telah menyimpan lebih kurang 400 keping kad daripada pelbagai individu, pertubuhan dan golongan kenamaan,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini.

Berkongsi pengalaman, Hafizul Syarafi berkata selain pelajar berkenaan antara golongan kenamaan yang telah mengutus kad raya kepadanya ialah Yang Di-pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah serta beberapa kerabat dari Pahang dan Terengganu.

Beliau juga turut menerima kad raya daripada beberapa ahli politik dan kenalan dari luar negara termasuk Indonesia.

Dalam memastikan ‘hobi klasik’ itu tidak pupus, beliau turut berkongsi pengalaman bersama anak muridnya dengan menekankan makna nilai sentimental kad tersebut sebagai amat bernilai dan wajar dihargai.

“Kita perlu menghargai pemberian daripada orang lain serta kad raya ini mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri selain menghormati institusi diraja juga golongan kenamaan.

ANTARA koleksi kad raya yang dikumpulkan oleh Guru Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Melayu, Hafizul Syarafi Mohd Noor, 36, ialah kad yang diterimanya daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, sejak beliau mula menyimpan kad raya pada 2021. Foto Bernama

“Dengan mengutus kad raya ini juga ia mampu mendidik anak murid dengan berliterasi, berbahasa serta menulis perkataan yang baik dan sopan kepada orang lain. Bagi saya secara individu pula selain mengumpul ia juga sebagai satu terapi yang mampu menenangkan, dalam masa sama menambah kenalan.

“Saya akan meneruskan hobi ini selagi terdaya sebagai satu usaha untuk mempertahankan tradisi berbalas memberikan ucapan raya pada kad, terutamanya kepada anak muda tentang kemeriahannya berbanding kini ramai yang memilih secara dalam talian,” katanya.

Hafizul Syarafi turut bersyukur kerana anak sulungnya Muhammad Athariz Hafiz, 8, mula menunjukkan minat yang sama dan sering membantunya membuka setiap kad raya yang diterima.- Bernama

Continue Reading

Previous: Dodol Nanas Tok Bri: Inovasi warisan dari Balik Pulau
Next: Media sosial pacu pertumbuhan pesat ‘pelancongan durian’ di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.