Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bangladesh, India dan Sri Lanka sambut Aidilfitri pada Sabtu
  • GLOBAL

Bangladesh, India dan Sri Lanka sambut Aidilfitri pada Sabtu

Utusan Sarawak 13 hours ago

Gambar hiasan AFP

NEW DELHI: Umat Islam di Bangladesh, India dan Sri Lanka akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu (21 Mac).

Menteri Hal Ehwal Agama Bangladesh Kazi Shah Mofazzal Hossain Kaikobad berkata anak bulan Syawal bagi tahun 1447H tidak kelihatan pada Khamis.

“Aidilfitri akan disambut pada Sabtu,” katanya.

Di bandar Hyderabad, India, jawatankuasa cerapan anak bulan Majlis Ulama Islam Deccan mengumumkan bahawa Aidilfitri akan disambut pada Sabtu.

Sementara itu, umat Islam di Sri Lanka akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, menurut Masjid Besar Colombo.

Bagaimanapun, sambutan yang menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan itu akan diraikan di Arab Saudi, Turkiye, Maldives dan beberapa negara lain pada Jumaat.

Aidilfitri disambut dengan solat berjemaah pada waktu pagi diikuti amalan tradisi seperti saling bermaafan bersama rakan dan keluarga, perjumpaan sosial serta jamuan.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Brunei sambut Hari Raya Sabtu, 21 Mac 2026
Next: Beberapa kumpulan di Indonesia sambut Aidilfitri hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.