Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Khatam al-Quran perkasa peranan masjid, galak penyertaan belia
  • Selatan
  • WILAYAH

Program Khatam al-Quran perkasa peranan masjid, galak penyertaan belia

Utusan Sarawak 8 hours ago
MOHAMAD Duri menghadiri Majlis Khatam al-Quran Roban 1447H/2026M yang berlangsung di Masjid Darul Aman Wasakinah Roban, dekat sini semalam. Foto: ADUN Kalaka

ROBAN: Program keagamaan seperti Majlis Khatam al-Quran perlu diteruskan secara berterusan bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat, khususnya golongan belia, mendekati al-Quran serta mengimarahkan masjid sebagai pusat pembangunan rohani.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, usaha sedemikian amat penting dalam membentuk masyarakat yang seimbang dari segi jasmani dan rohani.

Menurut beliau, penglibatan aktif komuniti dalam program keagamaan mampu memperkukuh perpaduan serta memupuk nilai murni dalam kalangan generasi muda.

MOHAMAD Duri menghadiri Majlis Khatam al-Quran Roban 1447H/2026M yang berlangsung di Masjid Darul Aman Wasakinah Roban, dekat sini semalam. Foto: ADUN Kalaka

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Khatam al-Quran Roban 1447H/2026M yang berlangsung di Masjid Darul Aman Wasakinah Roban, dekat sini semalam.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Roban (LAKIR).

Sebelum majlis dimulakan, Mohamad Duri berkesempatan menunaikan solat Isya’ dan solat sunat Tarawih bersama kariah Masjid Darul Aman Wasakinah dari Kampung Melayu Roban.

MOHAMAD Duri menghadiri Majlis Khatam al-Quran Roban 1447H/2026M yang berlangsung di Masjid Darul Aman Wasakinah Roban, dekat sini semalam. Foto: ADUN Kalaka

Sejurus selesai solat Tarawih berjemaah, majlis diteruskan dengan acara Khatam al-Quran yang melibatkan seramai 14 peserta.

Para tetamu turut diperdengarkan dengan alunan bacaan surah pilihan oleh setiap peserta yang mengambil bahagian.

Majlis perasmian kemudiannya dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Masida Mustapha selaku wakil penganjur.

Sebagai tanda penghargaan, majlis turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada imam, bilal serta semua peserta yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad Duri merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur serta berharap program seumpama ini akan terus dilaksanakan bagi menjadikan masjid sebagai pusat penyatuan komuniti dan pembangunan rohani umat Islam.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pertandingan Malam Kecerian Aidilfitri Kampung Kaba meriah, serlah kreativiti penduduk
Next: Bantuan makanan RM17,000 kepada keluarga di Kota Sentosa dan Batu Kawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.