Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lapan lelaki ditahan dalam operasi saringan dadah di Bau
  • JENAYAH

Lapan lelaki ditahan dalam operasi saringan dadah di Bau

Utusan Sarawak 9 hours ago
LAPAN suspek dikesan kerana penyalahgunaan dadah

BAU: Lapan lelaki ditahan dalam satu operasi saringan dadah yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Bau.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A. Rahman berkata, operasi Op Tapis tersebut dijalankan pada 19 Mac antara jam 9.00 pagi hingga 9.35 pagi di Pejabat BSJND Bau.

“Kesemua lapan suspek berumur antara 27 hingga 55 tahun telah menjalani ujian saringan air kencing. Tujuh daripadanya didapati positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin, manakala seorang lagi positif ketamin,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tiada sebarang dadah atau barangan lain dirampas dalam operasi tersebut.

Siasatan awal mendapati tujuh suspek mengaku mengambil dadah jenis syabu dua hari sebelum ditangkap, manakala seorang lagi mengaku mengambil ketamin tiga hari sebelum ditahan.

Semakan rekod mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau bagi kesalahan sama, manakala selebihnya tiada rekod jenayah.

Kesemua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau bagi membantu siasatan lanjut.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: ​Padah curi kenderaan, lelaki hadapi dua pertuduhan, dihukum penjara dan denda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.