Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sumbangan Aidilfitri PJMM dan Perkim Lawas terus ringankan beban golongan memerlukan
  • Tengah
  • WILAYAH

Sumbangan Aidilfitri PJMM dan Perkim Lawas terus ringankan beban golongan memerlukan

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO Safri Datuk Abdillah menzahirkan penghargaan kepada Perkim Lawas atas kerjasama lebih sepuluh tahun dalam membantu golongan memerlukan sempena Aidilfitri.

LAWAS: Naib Pengerusi Persatuan Jatti Miriek Miri, Dato Safri Datuk Abdillah, menzahirkan penghargaan kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Lawas yang dipengerusikan Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud.

Beliau menghargai kepercayaan diberikan menjadikan PJMM rakan kongsi dalam menyumbang kepada anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sejak sepuluh tahun lalu hingga kini.

Beliau yang juga pemilik syarikat Empayar Setia Sendirian Berhad berkata inisiatif itu memberi peluang untuk beramal dan berkongsi kemeriahan Aidilfitri dengan golongan yang memerlukan.

“Pada masa sama, perkembangan ekonomi yang mencabar kini menuntut umat Islam menyambut hari raya secara lebih berhemah mengikut kemampuan masing-masing,” katanya.

Dato Safri bersama beberapa syarikat bumiputera di utara Sarawak telah menyelaraskan sumbangan Aidilfitri kepada golongan memerlukan bersama Perkim Cawangan Lawas setiap tahun sejak lebih sepuluh tahun lalu.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Musim perayaan perkuat perpaduan berbilang kaum di Sarawak
Next: Bomba Bintangor musnah sarang serangga berbisa di bawah rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.