Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Saberkas prihatin santuni pasukan barisan hadapan,400 bubur lambuk diagihkan di Hospital Miri
  • Utara
  • WILAYAH

Saberkas prihatin santuni pasukan barisan hadapan,400 bubur lambuk diagihkan di Hospital Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago
TERIMA KASIH…Petugas kesihatan Hospital Miri menerima bubuk lambuk yang diagihkan oleh Saberkas Prihatin anjuran Saberkas Cawangan Pujut di Miri, petang semalam . 

MIRI: Petugas kesihatan di Hospital Miri menerima penghargaan apabila sebanyak 400 pek bubur lambuk diagihkan menerusi Program Jerayawara Bubur Lambuk, petang semalam.

Program di bawah inisiatif Saberkas Prihatin anjuran Saberkas Cawangan Pujut itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut, Adam Yii Siew Sang dengan kehadiran Pengarah Hospital Miri, Jack Wong.

Pengerusi Saberkas Cawangan Pujut, Warziedea Ahmad berkata, program berkenaan merupakan antara usaha berterusan pihaknya dalam menyantuni komuniti serta menghargai pengorbanan barisan hadapan yang komited menjalankan tugas demi kesejahteraan masyarakat.

“Agihan bubur lambuk ini sebagai tanda terima kasih kepada petugas kesihatan yang bekerja tanpa mengira masa, khususnya dalam memastikan perkhidmatan kesihatan sentiasa berada pada tahap terbaik,” katanya.

Program yang turut mendapat kerjasama PERKEP Hospital Miri serta Perkumpulan Wanita Brighton itu berjalan lancar dan menerima sambutan positif daripada warga hospital.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Rakyat digalak terokai industri halal dalam pasaran ekonomi lebih baik
Next: Manfaatkan SKAS 2026, saluran bantuan lebih bersasar melalui SPay Global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.