Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JAIS dan JAKIM berperanan lahirkan generasi al-Quran melalui mahad tahfiz
  • Utara
  • WILAYAH

JAIS dan JAKIM berperanan lahirkan generasi al-Quran melalui mahad tahfiz

Utusan Sarawak 7 hours ago
AL-QURAN…Awang Tengah diiringi (tiga dari kiri) Mohd Ajib dan Misnu menyampaikan sumbangan Al-Quran kepada Abbas daripada kawasan Kuala Lawas.

LAWAS: Agensi pembangunan Islam di peringkat kerajaan Sarawak dan Persekutuan diperlukan bagi membangunkan pusat pendidikan Islam serta melahirkan sumber manusia yang mampu memelihara kesucian al-Quran.

Timbalan Premier Sarawak, Awang Tengah Ali Hasan berkata, penglibatan Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) amat penting bagi memastikan pembangunan Mahad Tahfiz Daerah Lawas berjalan lancar mengikut garis panduan kedua-dua agensi agama Islam berkenaan.

“Bangunan Mahad Tahfiz di Lawas hampir siap. Jadi kita berharap MIS dapat membantu dari sudut pengoperasian akademik, sumber manusia serta perkara berkaitan.

HADIRIN….Awangku Jinal Abedin turut kelihatan duduk bersama hadirin di Majlis Iftar Perdana Daerah Lawas di Masjid Dato Pengiran Matussin Kampung Dato Kuala Lawas.  

“Begitu juga JAKIM di bawah kerajaan Persekutuan yang boleh membantu dari segi khidmat nasihat serta peruntukan kewangan bagi tujuan penyelenggaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana Daerah Lawas di Masjid Dato Pengiran Matussin, Kampung Dato Kuala Lawas, petang semalam.

Mahad Tahfiz Daerah Lawas yang hampir siap itu dibina menerusi peruntukan Northern Region Development Agency (NRDA) bagi menempatkan kelas hafazan al-Quran untuk pelajar di daerah Lawas.

Awang Tengah turut berharap pengurusan mahad tahfiz tersebut dilaksanakan selaras dengan peraturan serta garis panduan yang ditetapkan oleh MIS dan JAKIM bagi memastikan sistem pendidikan yang diterapkan berlandaskan al-Quran dan sunnah.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Misnu Taha; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Mohd Ajib Ismail; Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Lawas, Dayang Morliah Awang Daud serta Setiausaha Politik Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Pengiran Jawa.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lawatan tapak sahkan projek RTP siap di Kota Sentosa
Next: SEDC Energy, Bomba teruskan tradisi agihan bubur pedas Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.