
DARO: Jenama peruncit perkakas rumah terkemuka, MR DIY cawangan Daro dibuka kepada orang ramai mulai hari ini.
Bangunan dua tingkat DIY itu yang terletak di pekan Daro, menarik perhatian orang ramai terutama untuk membeli-belah menjelang Aidilfitri.
Bagaimanapun, keadaan itu menyebabkan kesesakan orang ramai dan trafik.
Hal ini berikutan lokasi terbabit juga menempatkan bazar Ramadan selain lot kedai komersial di kawasan sekitar.
Pembukaan cawangan itu juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatqn dengan gaji minimum RM1,700.